BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 29, 2009

ini adalah K.A.M.I

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng. Orang yang boleh kita berhubung, tapi apakah itu kawan? Geng warung kopi? Member seperjuangan? Member lepak-lepak? Rakan-rakan sekolah? Atau kawan-kawan bersama kita semasa kita kecil? Xde prejudis, xde perbezaan, xde pertandingan, xde persaingan. Sehingga sesuatu hari kita belajar buka mata dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih. Xde hal sekarang ni, setakat nak buat kawan memang cepat, senang, pantas. X payah keluar rumah, x payah bangun dari kerusi, tenung skrin komputer, keletak keletuk aje keyboard, boleh suka sama suka, x suka pun x apa, kenal x kenal belakang cerita, risiko kita tanggung sendiri kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang x boleh diduga.

Kita meneruskan perjalanan hidup mencari kawan, teman dan rakan untuk mengisi kekosongan, tanpa menyedari mereka berada dihadapan kita, hanya menunggu masa untuk menemukan kembali, hanya menunggu ke depan yang menentukan arah prsahabatan.

Seperti surat-surat kiriman kenalan dekat dan jauh. Kita mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Membawa bersama kenangan manis dan impian hidup yang ingin kita kongsi, seperti sebutir habuk yang ditiup angin. Kita mencari ketentuan hidup dan arah masa depan. Kita memikul beban dan pengalaman pahit yg ingin kita tinggalkan. Kisah silam yang ingin kita lupakan. Berpegang pada harapan untuk meneruskan hidup yang baru. Nak x nak, kita terpaksa buat pilihan berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam meneruskan pemgembaraan yang x dapat dielakkan. Pengembaraan yang akan membawa kita ke tmpat yang baru dan ia akn membawa kita pulang.

Terikat, terkonkong, terkurung. Kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama yang ikut kita kemana saja kita pergi. Kita x lari, tapi kita beranikan diri, tabah untuk mencari ruang, untuk mencari kebebasan. Akhirnya ruang membuatkan kita leka, lupa dan lalai. Memaksa kita berfikir, membebankan kita, membebaskan kita, melemas dan menelan kita semula.

Kadang-kadang kita lupa, bercakap bukan sekadar bercakap, mendengar bukan sekadar mendengar. Tetapi kita sebenarnya mencari penyelesaian, mencari kesefahaman. Kita sedang meluahkan perasaan, isi hati dan keinginan untuk di fahami. Kita perlukan seseorang untuk memahami kekusutan dunia kita. Jadi kita kembali mencari dengan penuh harapan. Si dia, yang telah kehilangan. Tanpa menyedari kita sudah pun bertemu dengan pengisi kekosongan dan pengganti tempat kita mengadu.


Bila dunia kita lumpuh, kita belajar untuk bangun semula. Kita makan, minum, dan membuang masa seperti biasa tanpa menyedari segalanya pun sudah berubah. Tetapi kenangan dan pengalaman yang kita genggam selama ini akan menjadi pengikat persahabatan yang bakal kita jalinkan.

Setiap yang kita lakukan mesti ada caranya. Nak buat minuman sedap..gula, air, susu mesti secukup rasa. Nak masak lauk, kena pandai pilih bahan, pandai kawal api dan sukatan rencah perlu tepat, x lebih x kurang, untuk menjadikan sesuatu yang boleh di nikmati, kerana setiap kesilapan boleh menjejaskan. Seperti juga dalam bercinta, lebih kurang sama aje, itu dan ini mesti ada, mesti ada keinginan dan mesti ada kemahuan, barulah boleh suka sama suka dan dalam persahabatan diperlukan keserasian dan keikhlasan, barulah boleh ngam dan dalam kenal mengenal antara satu sama lain pula mesti ada kesabaran dan kefahaman. Akhirnya, bila kita bertemu dan saling berkenalan. Bila kita sudah sehaluan, hanya masa akan menentukan perjalanan persahabatan kita.

Menunggu, rasanya sepanjang hidup kita, kita asyik menunggu. Menunggu masa, menunggu peluang, menunggu nasib, menunggu tanpa penghujung, sehingga kita asyik bertanyakan bila? bila? bila? atau sampai bila?. Tetapi macam mana bosan, jemu, jenuh menunggu, kita terpaksa menunggu. Dah jadi pekerjaan pulak atau sesuatu bidang yang x mendatangkan hasil. Tapi kadang-kadang, menunggu kita rasa berbaloi juga, bila kawan-kawan ada disamping kita. Bila semua diluar kawalan kita, apa yang kita boleh buat, selain menunggu dan mengharap. Apa yang kita boleh buat, hanya tunggu dan lihat.

Apabila kita sedar, dunia yang kita bina mula rapuh dan retak. Kita cuba sedaya upaya untuk berdiri dan bertahan kerana itu saja yang kita mampu lakukan. Kita sedar perjalanan yang mendewasakan kita tidak akan mudah kita impikan. Hubungan yang kita jalinkan semakin rumit. Badan yang bertungkus lumus menampung hidup semakin penat. Hati yang kita harapkan lembut semakin keras dan kesunyian membelenggu diri menjadikan kita semakin teringin untuk mencapai kesempurnaan dan kebahagian. Kita tahu, bukan kita tidak tahu, kita membebaskan diri, berani untuk melupakan kenangan silam dan mencari ketenangan. Tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini selangkah demi selangkah. Bergelup dengan diri sendiri dan berhadapan dengan beban yang mencari kita. Kita hanya boleh bersedia dan menunggu peluang untuk merampas kembali apa yang telah hilang......

~TAMAT~




Thursday, August 13, 2009

SBE!!


yeah!! klo nk tau?? ni 1st tyme kami kene bely g SBE kt sek pilihan msg..
so ade hok blik kmpung sndiri n ade yg stay..
tp tgk pada keadaan.. mmg ramai la dak maktab ni blik wat SBE
kt umah..
n ade yg ikot membe2 wat kt umoh membe...
so.. bley la xperience kt kg org .....

ye la... ape rasionalnye wat SBE kt umah???
  • 1> ofkos la DUIT save.... (mkn.. tdo.. sume ditanggung berehh!!)
  • 2> buleh g DERAK sokmo..... (nk blik tyme mane pon kuk panda la...)
  • 3> ade lebey mase nk spend ngn MARKA.... (hok ni pling penting.. jauhi maksiat!!)
  • 4> las skali mmg la bley pengalaman......!!
  • p/s>> dak2 PJ dpt tugasan suh wat pemerhatian pasal sume bende yg berkaitan ngn PJ... dr la PANITIA... CARTA ORGANISASI..JADUAL.. STOR PEMBELAJARAN PJ... amik!! kene2... so.. cg2 PJ skalian.... bersiap sedialah anda k..!!!kami PJ's produk nk g wat jualan lansung n tak lansung kt kamoo2 yeah!!!TUNGGUUUU...!!!
  • ni la idop kami...~~

Monday, August 10, 2009

NeW pOSt For NEw PaRT..

arini, aku adjust blog ni ngan bella pj (a)....
well.. so far.. aku decide nk transform blog ni jadi tmpat aku nk story pasal dak-dak klas aku..
means.. pjalanan hidop dak-dak klas kami..
well.. sume org tau kami dak-dak yang mayb dieorang kate bermasalah..
yeap..!! kami mmg bermasalah.. tp xcari masalah ngn korg pon.. kami cari pasal dengan HEP jew..
xpon ngn lecturer...
tp percayalah.. kami bukan sengaja...
ngeh3x...
kami terpaksa...
;p


kami da biase ngn LAM PT..
kami da biasee kene maki...
kami da biaseee bt org enjoy ngn kami...
baik buruk tu sume kami,,,,
cz itulah KAMI....


see u then peeps..!!
lots of thing aku nk share ngn korg ehh..